Saturday, May 22, 2010

LAKSA JOHOR OTENTIK


Kol.(B) A.Razak Othman turun dari Kota Baru untuk menjamu sahabat lama dalam satu perjumpaan istimewa di Kafe Che Tom pada 22/5/10. Laksa Johor dan menu western menjadi pilihan utama 9 org sahabat yg telah bersama hampir 40 tahun sejak dari bangku sekolah lagi.
Seminggu sebelum itu sahabat lama mereka Pak Aidinal Hamzah AlRashid dari Jakarta tampil ke Kafe semata-mata untuk menikmati Laksa Johor yang pastinya memuaskan mereka semua. Turut dihidangkan ialah cendawan goring yang juga salah satu menu istimewa Kafe Che Tom kerana ia dituai dari rumah cendawannya sendiri di belakang kafe.

Friday, April 16, 2010

WEDDING ANNIVERSARY - Hj.Rosly & Hjh.Azizah


Hj.Rosly dan Hjh.Azizah telah meraikan ulangtahun perkahwinan mereka yang ke 28 di Kafe Che Tom (pada 11/4/10). Lebih 70 orang ahli keluarga hadir di majlis tersebut yang turut disertai oleh Hj.Zainal Abidin dan Hjh.Che Tom. Pada malam yang sama ahli keluarga mengadakan ‘double celebration’ menyambut ulangtahun kelahiran Hj.Zainal Abidin yang ke 85.
(Gambar diambil oleh Nur Aliaa Farahin Mohd Noor)

Wednesday, April 14, 2010

MUSHROOM SOUP


Sup Cendawan disediakan dalam menu ‘western’ dan kampung. Kafe Che Tom menggunakan cendawan tiram segar yang dituai setiap hari dari rumah cendawannya sendiri yang terletak di sebelah belakang Kafe.
Mushroom Soup ala western amat digemari pengunjung kerana rasanya yang ‘berbeza’ dan harganya pula murah.
Khasiat cendawan tiram: a). Mengawal atur darah – anti thrombotic, merendahkan tekanan darah, kandungan glukosa dan lipid, b). Meningkatkan sistem imun untuk melawan jangkitan virus dan bacteria, c). Merencat pertumbuhan tumor, d). Antioksidan dan aktiviti pelindung gen.
Kandungan nutrisi (% berat kering):- Protein: 15.2-22.7 %, Lemak: 1.16-2.58 %, Serat: 14.2-18.2 %, Vitamin E: 3 ppm, Selenium: < 0.05 ppm, Zat Besi: 34.7-60.7 ppm, Kalsium: 0.39-0.69 ppm, Magnesium: 589-789 ppm, Potassium: 2.54-2.61 %
(Sumber: Institut Sains Biologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya, Kuala Lumpur)

DRAGON FRUIT JUICE


Dragon Fruit atau Buah Naga (pitahaya, panggilan di Mexico) sudah ditanam secara meluas di negara ini. Pokok yang berasal dari Amerika selatan ini mula ditanam di Vietnam sebelum 'merebak' ke negara-negara lain di benua Asia.
Mempunyai pelbagai khasiat, di antara lain boleh membantu menyeimbang kadar gula di dalam darah, pelindung kesihatan mulut, mengurangi kolesterol dsb...
Berikut ini kandungan nutrisi lengkap buah naga :

Kadar Gula : 13-18 briks
Air : 90 %
Karbohidrat : 11,5 g
Asam : 0,139 g
Protein : 0,53 g
Serat : 0,71 g
Kalsium : 134,5 mg
Fosfor : 8,7 mg
Magnesium : 60,4 mg
Vitamin C : 9,4 mg
(Rujukan: http://www.buahnaga.us/2009/04/khasiat-buah-naga.html )
Jus buah naga segar terdapat di Kafe Che Tom dgn harga RM2.50 (gelas besar)

PULUT KUNING PENGANTIN


Memotong kek adalah acara 'baru' dalam majlis persandingan pasangan keluarga Melayu. Untuk memenuhi permintaan ramai Kafe Che Tom membantu membekalkan Pulut Kuning Pengantin sebagai alternatif kepada kek. Ia dihias dengan serunding...Kafe Che Tom memilih serunding cendawan.
Tempahan boleh dibuat di Kafe Che Tom...harga mengikut saiz.