Wednesday, April 14, 2010
MUSHROOM SOUP
Sup Cendawan disediakan dalam menu ‘western’ dan kampung. Kafe Che Tom menggunakan cendawan tiram segar yang dituai setiap hari dari rumah cendawannya sendiri yang terletak di sebelah belakang Kafe.
Mushroom Soup ala western amat digemari pengunjung kerana rasanya yang ‘berbeza’ dan harganya pula murah.
Khasiat cendawan tiram: a). Mengawal atur darah – anti thrombotic, merendahkan tekanan darah, kandungan glukosa dan lipid, b). Meningkatkan sistem imun untuk melawan jangkitan virus dan bacteria, c). Merencat pertumbuhan tumor, d). Antioksidan dan aktiviti pelindung gen.
Kandungan nutrisi (% berat kering):- Protein: 15.2-22.7 %, Lemak: 1.16-2.58 %, Serat: 14.2-18.2 %, Vitamin E: 3 ppm, Selenium: < 0.05 ppm, Zat Besi: 34.7-60.7 ppm, Kalsium: 0.39-0.69 ppm, Magnesium: 589-789 ppm, Potassium: 2.54-2.61 %
(Sumber: Institut Sains Biologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya, Kuala Lumpur)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment